Calon BN yang juga penyandang kerusi Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menewaskan calon Pas, Wan Ismail Wan Jusoh dan calon PKR Dr. Radzi Jidin dengan majoriti 4,626 undi berbanding 974 undi pada PRU-13.

Annuar meraih 25,467 undi manakala Wan Ismail memperoleh 20, 841 undi serta Radzi memperoleh 6,799 undi.

Manakala bagi calon BN yang juga penyandang DUN Kok Lanas, Datuk Md. Alwi Che Ahmad menewaskan calon Pas, Nik Mahadi Nik Mahmood dan calon PKR, Dr. Mohd. Hanafi Ismail dengan majoriti 1,122 undi berbanding 169 undi pada PRU-13.

Md. Alwi memperolehi 10,921 undi manakala Nik Mahadi mendapat 9,799 undi dan Mohd. Hanafi meraih 1,779 undi.

Sementara itu, Annuar turut berterima kasih kepada pengundi yang masih memberi kepercayaan kepadanya.

"Ini adalah majoriti paling besar yang pernah saya dapat berbanding sebelum ini, saya menang tipis. Ini adalah dorongan buat saya," katanya.

Beliau berkata demikianbketika ditemui di Pusat Penjumlahan Undi PRU-14 Bahagian Pilihan Raya P.026 Parlimen Ketereh di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu, di sini pagi ini. - UTUSAN ONLINE