Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pemilihan calon seperti itu bukan sahaja boleh merugikan parti malah dilihat tidak adil kepada rakyat dan mereka yang bekerja keras selama ini.

Katanya, kisah calon payung terjun ini telah beberapa kali berlaku dalam pilihan raya di negeri dan kalau boleh perkara itu perlu dielak pada masa akan datang.

“Kita buat kerja bermatian-matian akhirnya muncul calon payung terjun ini. Saya tidak mahu sebut lagi perkara-perkara lepas tetapi apa yang penting kami menolak calon seperti ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis makan malam bersama pemimpin MCA negeri sempena Tahun Baharu Cina di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Shahidan mengingatkan MCA supaya bekerja keras dalam usaha merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Indera Kayangan
selain mengekalkan kemenangan BN di kawasan Titi Tinggi pada PRU-14.- UTUSAN ONLINE