Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, calon yang dikenal pasti itu merupakan individu yang dinilai berupaya menang.

“Kita akan meneruskan kajian terhadap calon buat kali ketiga. Perdana Menteri me­nyatakan dua penilaian telah dibuat dan penilaian ketiga akan dibuat lagi.

“Kerana akhirnya yang ber­tanding bukan wakil parti, tapi wakil BN. BN perlu menang,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Teras Pelancongan dan Kebudayaan serta Pekan Beruas 100 tahun dan Kenduri Rakyat sempena program Permukiman di sini hari ini.

Zambry berkata, semangat musyawarah yang tinggi BN dalam membuat keputusan bersama tidak akan menim­bulkan permasalahan ter­ma­s­uk pemilihan calon untuk PRU-14.

Katanya, BN sentiasa me­­ngambil pendekatan dengan berbincang bersama-sama ter­utama melibatkan kedu­dukan calon pilihan raya umum.

“Ini perkara biasa yang seringkali terjadi apabila pi­li­han raya umum hampir tiba, kita akan buat penilaian di kawasan-kawasan yang ada dan semangat musyawarah.

“BN mengadakan perbin­cangan, kita tidak akan buat sesuatu keputusan tanpa me­­­rujuk rakan-rakan kita,” katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai Bajet 2018 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Zambry berkata, bajet kali ini dijangka me­nyentuh falsafah pemba­ngunan yang berasaskan daripada hati.

Beliau berharap bajet kali ini turut mengambil kira ke­perluan negeri Perak termasuk memberi impak yang besar kepada rakyat di negeri ini.

“Perdana Menteri akan ben­­­­tangkan bajet yang memberi impak kepada semua sektor yang ada dalam mas­yarakat termasuk di peringkat kam­pung, bandar dan golongan berpendapatan ren­­dah, sederhana dan lain-lain,” katanya.