Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyangkal dakwaan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa BN dan Pas sebagai adik-beradik kerana ‘ibu dan ayah’ kedua-dua parti itu berlainan.

“Orang boleh tafsir macam-macam, ini politik macam mana pula adik-beradik.

“Emak lain-lain, bapa pun lain-lain,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Beliau diminta mengulas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan Pas dan BN sebagai ‘adik-beradik’ dalam soal peletakan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis. - UTUSAN ONLINE