Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding majoriti 597 undi yang dimenangi calon BN, Datuk C. Sivarraajh dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada Mei lalu.

Dalam pengundian hari ini, calon BN, Ramli Mohd. Nor mendapat 12,038 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) , M. Manogaran yang mendapat 8,800 undi

Dua calon Bebas, Sallehuddin Ab. Talib 314 undi manakala dan Wong Seng Yee 276 undi.

Keputusan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ishak Md. Napis pada pukul 8.30 malam di Pusat Penjumlahan Undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Ahmad Shah Tanah Rata hari ini.

Ishak berkata, jumlah yang keluar mengundi ialah sebanyak 21,428 orang, undi ditolak 568, kertas undi tidak dikembalikan sebanyak 23 dan peratusan keluar mengundi sebanyak 68.79 peratus.

Turut hadir meraikan kemenangan BN ialah Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden UMNO yang turut menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Kemenangan calon BN itu disambut dengan laungan takbir dan 'hidup BN'. - UTUSAN ONLINE