Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, senarai calon yang dihantar sejak akhir tahun lalu itu merangkumi muka baharu dan lama termasuk daripada Pergerakan Wanita, Pemuda serta Puteri UMNO.

Katanya, apa yang pasti pemilihan kali ini akan dibuat secara lebih teliti bagi memastikan mereka yang diketengahkan itu merupakan calon boleh menang.

"Insya-Allah cadangan nama yang disenaraikan mampu memenangi hati rakyat dan pada masa sama kita masih berbincang dengan setiap Ketua UMNO Bahagian berhubung cadangan calon terbabit.

"Sudah pastinya cadangan calon itu ada muka lama, muka baharu," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat UMNO negeri di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE