Pengerusinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau akan memastikan proses peralihan kuasa kepada kerajaan baharu berjalan lancar.

“BN Johor sudah berkerja kuat dalam pelbagai aspek bagaimanapun rakyat dah buat keputusan atas pelbagai alasan.

“Namun, suara demokarasi rakyat saya percaya harus dihormati dan kita akan beri komitmen untuk menghormati keputusan itu,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat UMNO Johor di sini sebentar tadi.

Mohamed Khaled dan BN mengucapkan tahniah kepada gabungan pembangkang PKR yang berjaya membentuk kerajaan negeri. - UTUSAN ONLINE