Pengerusinya, Datuk seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pada masa ini senarai tersebut belum lagi dimuktamadkan, namun yang pasti ada muka baharu diperkenalkan pada PRU14.

“Belum muktamad tapi kita kaji nama-nama sedia ada dari segi penerimaan, prestasi dan sebagainya.

“Jadi, nak katakan dah ada senarai itu belum...kita masih lagi menilai setiap yang ada,” katanya ketika ditanya mengenai senarai nama calon BN negeri ini yang akan bertanding pada PRU14 nanti.

Beliau yang juga Menteri Besar ditemui selepas merasmikan Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia Cawangan Negeri Johor bersama Cawangan Daerah dan Jamuan Pemimpin Belia Negeri Johor, di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE