Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, BN menguasai 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis dan 22 DUN Pahang.

"Pas berjaya mengekalkan penguasaan di Kelantan dengan memperoleh 28 kerusi DUN selain berjaya merampas Terengganu daripada BN dengan mendapat 18 kerusi DUN.

"PKR pula mendapat majoriti mudah 25 kerusi di DUN Pulau Pinang dan boleh membentuk Kerajaan Negeri," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE