Pengerusi Jawatankuasa Ekonomi Kabinet Bayangan BN, Khairy Jamaluddin berkata, langkah itu juga mampu mengurangkan pasaran gelap yang berpunca daripada mereka yang mengelak untuk membayar cukai.

"GST terbukti cukai yang lebih telus berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dan perkara ini turut diakui oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Oleh itu BN mencadangkan pengenalan semula GST pada kadar tiga peratus di mana cukai ini diperkenalkan semula dengan kadar lebih rendah dan jumlah senarai barangan dikecuali yang lebih banyak," katanya dalam sidang akhbar di bilik seminar Parlimen, hari ini. - UTUSAN ONLINE