Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jika melihat kepada tindak-tanduk pembangkang, rakyat yang akan menjadi mangsa kerana mereka bercakaran dan hanya mengamalkan agenda politik menghasut.

“Tetapi Alhamdulillah, memandangkan kerajaan BN mempunyai asas yang kukuh, walau apa sahaja dugaan dan ancaman daripada pembangkang negara kita masih selamat, aman, makmur serta stabil,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melawat Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Cahaya Kasih di Felda Mempaga 1 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE