MUKHRIZ
MUKHRIZ

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir ber­kata, selain itu, status kerajaan negeri yang seiring dengan kerajaan pusat turut diambil kira dalam proses pembentukan kerajaan negeri.

“Walaupun jumlah kerusi BN (3) dan Pas (15) mempunyai jumlah yang sama jika bergabung, kita (Pakatan) mempu­nyai blok yang lebih kukuh bagi membentuk kerajaan negeri.

“Kita bertanding atas simbol PKR dan kita dapat pecahan yang sama untuk kerusi... yang penting adalah kita mendapat mandat daripada pihak Istana,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra itu dalam sidang akhbar selepas me­ngangkat sumpah sebagai Menteri Besar ke-13 di sini hari ini.

Mukhriz, 54, me­ngangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah da­lam satu istiadat yang berlangsung di Balairung Seri Kecil, Istana Anak Bukit pada kira-kira 4.15 petang.

Yang berangkat sa­ma, Sultanah Ke­dah, Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Mukhriz menjadi Menteri Besar buat kali kedua selepas menjawat jawatan tersebut kali pertama bersama BN sejurus parti itu mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Dalam perkembangan lain, ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob menafikan melompat parti bagi membo­lehkan Pakatan Kedah membentuk kerajaan negeri baharu seperti yang dilaporkan portal Malaysia Gazette hari ini.

Suraya dalam status di laman Facebook miliknya berkata, beliau akan terus teguh bersama UMNO dan Barisan Nasional untuk selamanya.