Sejak dari awal lagi, Awang sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku kerana mana mungkin PKR akan membenarkan PPBM atau PAN ‘kacau daun’ di negeri yang PKR sudah bertapak atau te­lah dikuasai oleh DAP.

PKR mahu menjaga kedudukan dan pada masa yang sama mahu menjaga hati DAP. Dari dulu lagi memang dalam apa soal pun PKR lebih mengutamakan DAP termasuklah membuat keputusan berkaitan gerakan politik pakatan pembangkang.

Oleh itu PPBM dan PAN tidak perlulah berharap sangat bahawa mereka akan diberi peranan yang besar dalam pakatan pembangkang kerana apapun yang hendak dilakukan harus mendapat restu DAP.

Apa yang berlaku juga menunjukkan kerjasama antara parti pembangkang hanyalah sekadar untuk meraih kuasa. Mereka lebih memikirkan kepentingan dan kuasa politik masing-masing berbanding mewujudkan sebuah gabungan parti yang bertujuan demi membela nasib rakyat dan memakmurkan negara.

AWANG – Tunggu reaksi PPBM dan PAN