DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Kata Anwar lagi, apabila menyertai Parlimen kelak, beliau terlebih dahulu akan berperanan sebagai penyokong kerajaan untuk melaksanakan sebarang proses perubahan.

Beliau berkata, peralihan kuasa sebagai Perdana Menteri tidak perlu dilakukan secara terburu-buru dan buat masa ini tetap menyokong Dr. Mahathir untuk mengemudi kerajaan tanpa sebarang tekanan serta gangguan.

“Keputusan itu (peralihan) dibuat semasa saya di penjara lagi. Konsensus itu berlaku oleh semua parti dan sebab itu dalam kalangan pimpinan parti semua menyatakan bahawa harus berlaku.

“Cuma segera atau tidak. Jadi saya jawab tidak perlu segera dan yang perlu disegaeakan ialah proses pemilihan parti,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Namun Anwar masih berpegang kepada kesepakatan sesama pimpinan Pakatan Harapan sebelum ini bahawa peralihan kuasa akan berlaku mengikut tempoh yang dipersetujui, iaitu dalam masa dua tahun selepas Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri. - UTUSAN ONLINE