AZLINA OTHMAN SAID
AZLINA OTHMAN SAID

Meskipun bidang kuasa yang ada pada Peguam Negara seperti termaktub di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan per­lu dihormati semua pihak, na­mun pengguguran kes-kes mem­babitkan kepemimpinan tersebut cukup membimbangkan.

Hal itu kerana, menurut Ahli Par­limen Pengerang, Datuk Se­ri Azalina Othman Said, yang digugurkan adalah melibatkan kes-kes jenayah seperti hasutan, pecah amanah dan pembocoran maklumat.

Sehubungan itu, beliau berha­rap supaya perkara tersebut di­be­ri penjelasan kukuh kerana di­bimbangi akan memberi persepsi negatif terhadap amalan doktrin pengasingan kuasa di negara ini.

“Badan kehakiman perlu ke­­kal bebas daripada mana-mana campur tangan termasuk daripada badan eksekutif mahupun legis­la­tif.

“Justeru itu, kerajaan PH per­lu lebih berhati-ha­ti da­­lam setiap tindakan di­­ambil agar tidak me­wu­­judkan persepsi yang salah terhadap ba­­­­dan kehakiman dan perundangan di ne­ga­ra ini,” katanya dalam ke­n­ya­taan di sini hari ini.

ZAINUL RIJAL ABU BAKAR
ZAINUL RIJAL ABU BAKAR

Azalina yang juga Ah­li Majlis Tertinggi UMNO berpandangan se­mua pi­­­hak seharusnya ber­pe­­­gang dengan prin­sip rule of law supaya prestij ba­dan kehakiman negara terus di­hor­ma­ti.

Dalam pada itu, Presiden Per­satuan Peguam-peguam Mus­lim Malaysia (PPMM), Datuk Zai­nul Rijal Abu Bakar meminta Peguam Negara, Tommy Thomas menjelaskan secara terperinci jus­ti­fikasi beliau mengenai peng­guguran kes-kes berkenaan.

Perkara itu perlu, kerana menu­rut Zainul Rijal, keputusan yang dibuat itu jika tidak dijelaskan dengan teliti hanya mengundang persepsi negatif rakyat terhadap sistem perundangan dan keha­kiman negara.

“Benar, dari segi undang-un­dang Peguam Negara mempunyai kuasa untuk membuat pen­dak­wa­an atau menghentikan per­tu­du­han. Tetapi isunya di sini ialah ketelusan, jika tidak diterangkan asas-asas mengapa pengguguran itu dilakukan, maka dikhuatiri mem­beri impak negatif kepada sis­tem perundangan ne­gara,” jelas beliau.