Bila Zaid Ibrahim kata DAP parti Cina
Zaid Ibrahim

Gembiralah Penasihat DAP, Lim Kit Siang ketika menerima kemasukan Datuk Zaid Ibrahim walaupun jawatan tertinggi beliau dalam UMNO hanyalah seorang Ketua Bahagian. Tetapi gegak gempita bagaikan bulan jatuh ke riba.

Penyertaan Zaid itu sekali gus mengukuhkan peperangan DAP terhadap persepsi yang ‘kununnya’ dimainkan UMNO bahawa parti itu parti Cina sedangkan menurut pemimpinnya, parti itu berbilang kaum.

Zaid pun berulang kali menyatakan komitmen beliau memerangi persepsi tersebut seolah seperti kesungguhan pihak berkuasa memerangi ideologi songsang.

Namun entah di mana silapnya, Kit Siang tidak berubah, Zaid pula merujuk DAP sebagai parti Cina dalam status di laman Twitter beliau hari ini iaitu 14 bulan selepas masuk parti tersebut.

Menariknya, di saat DAP memilih logo PKR buat pertama kali dalam sejarah, pemimpin Melayu yang diharapkan mengubah persepsi terhadap logo roket, akhirnya seperti menjadi senjata makan tuan.

Soal kenapa Zaid berkata demikian, itu bab lain. Yang penting, Zaid digambarkan seorang pemimpin berprinsip oleh Kit Siang 14 bulan lalu dan jika beliau kata DAP parti Cina (walaupun secara innuendo), apa lagi nak dipersoalkan?

Orang Melayu nak pangkah lagi logo mata PKR? Ingatkah kata bidalan musang berbulu ayam? -UTUSAN ONLINE