Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, hasrat Pengerusi Pakatan Harapan yang diketuai DAP itu tidak harus ditegah, malah wajar disambut baik.

Katanya, ini dapat memperlihatkankan sama ada rakyat boleh menerima beliau semula berasaskan bukti yang banyak terdedah kini menyentuh rekod kepemimpinannya.

"Bagi saya, biarlah beliau bertanding kerana dia ketua kepada parti Harapan yang tentunya bercadang untuk menjadi Perdana Menteri semula. Rakyat boleh semak rekod beliau," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Negeri Terengganu Kali Ke-36 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Gerakan negeri, Datuk Yap Kea Ping.

Siew Keong yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi mengulas mengenai kenyataan Dr. Mahathir yang tidak menolak kemungkinan untuk kembali bertanding jika keadaan mendesak untuk menjatuhkan kepemimpinan negara dan kerajaan Barisan Nasional. - UTUSAN ONLINE