mengaitkannya insiden pembunuhan umat Islam di Masjid Chritschurch, New Zealand.

Ketuanya, Mohd. Khairul Ishak berkata, kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkibol, Chew Chong Sin boleh disifatkan sebagai rasis yang tidak bertanggungjawab.

CHEW CHONG SIN
CHEW CHONG SIN 

“Jelas sikap sebenar Chew Chong Sin tidak melambangkan sebagai wakil rakyat yang menghormati dan sensitif terhadap umat Islam dan rakyat Malaysia yang sedang bersedih atas insiden kematian saudara Islam di Masjid Christchurch, New Zealand.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kluang dengan ini menyelar sekeras-kerasnya kenyataan beliau yang muncul di portal online Malaysiakini hari ini.

“Sedarkah bahawa kenyataan sebegini hanyalah akan meniupkan api kebencian rakyat terhadap Kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada hari ini,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Justeru beliau mendesak agar membuka kertas siasatan terhadap Chong Sin yang tidak menghormati umat Islam atas kenyataan rasis serta hasutan terhadap rakyat.

Seharusnya rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia katanya, sedar dan menolak parti rasis dan chauvinis DAP yang tidak menghormati perpaduan kaum dan agama serta menimbulkan kurang senang serta mewujudkan perpecahan antara kaum dan agama di negara ini.

“Hakikat sebenar DAP amat bimbang dengan hasil kerjasama dan penyatuan UMNO-Pas serta kebangkitan MCA, MIC dan komponen Barisan Nasional (BN) yang akan memastikan suara kebangkitan rakyat dibuktikan dengan tumbangnya Kerajaan PH pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),” katanya. - UTUSAN ONLINE