Ini kerana veteran UMNO tersebut yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam politik mahu memberi peluang kepada pelapis muda untuk menggantikannya.


Bagaimanapun beliau kini perlu menimbang keputusannya itu apabila Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahukannya terus bertanding di Perlimen Johor Bahru dalam PRU-14.


Shahrir dalam reaksi awalnya menyerahkan kepada Badan Perhubungan UMNO negeri membincangkan kedudukannya sama ada terus bertanding kerusi Parlimen Johor Bahru pada PRU-14.


“Ini kerana apa pun saya harapkan perubahan dalam parti, kerana ia (perubahan calon untuk kerusi Parlimen Johor Bahru) adalah mustahak untuk masa depan parti.


“Dalam soal pemilihan calon ikut selera pengundi yang mana empat faktor diambil kira iaitu integriti, dikenali, berkelulusan akademik serta faktor usia,” katanya.


Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Johor Bahru yang dirasmikan Perdana Menteri di Hotel Holiday Villa di sini sebentar tadi.


Yang turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Presiden UMNO itu dalam ucapan semasa persidangan berkenaan berharap Shahrir tidak akan berundur sekali gus terus mempertahankan kerusi parlimen kawasan itu pada PRU-14.


Menurut Najib, harapan itu disuarakan kerana yakin dengan ‘Shahrir factor’ yang disifatkan sebagai satu sebab mengapa Johor Bahru masih kekal milik UMNO dan Barisan Nasional (BN).


Selain itu, Menteri Besar turut menyuarakan hasrat sama namun pada masa sama menyatakan UMNO Johor akan menghormati apa juga keputusan beliau. - UTUSAN ONLINE