Ini berikutan Bersatu adalah bukan merupakan parti yang menepati citarasa penduduk pribumi di sana.

Malah, UMNO sendiri membuat keputusan untuk tidak berkembang di negeri itu bagi menghormati citarasa politik pribumi di negeri berkenaan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana politik di Sabah dan Sarawak agak unik berbanding di Semenanjung.

“Saya amat menghormati kehendak rakyat pribumi di Sarawak. Sabah dan Sarawak agak unik berbanding di Semenanjung.

“Apabila UMNO membuat keputusan untuk tidak mengembangkan sayapnya di Sarawak, ia bagi menghormati citarasa penduduk pribumi di Sarawak yang sudah tentunya berlainan di Semenanjung. Sudah tentunya kami yakin rakyat Sarawak akan menolak parti berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat bersama senator-senator Barisan Nasional di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Yang turut hadir pada mesyuarat itu ialah Naib Pengerusi BN, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agongnya, Datuk Mohamed Seri Nazri Aziz.

Beliau mengulas kewujudan Bersatu di Sarawak seperti mana yang dilancarkan Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad, semalam. -UTUSAN ONLINE