Pengerusi Sahabat Harapan Setiawangsa, Abdul Rahman Hashim berkata, usul tersebut telah diluluskan dalam Persidangan Pertama Bersatu Bahagian Setiawangsa yang diadakan Isnin lalu.

“Usul ini dikemukakan oleh Ketua Bersatu Bahagian Setiawangsa, Muhammad Zahid Md. Arip dan ia diluluskan dengan sebulat suara.

“Muhammad Zahid juga merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri,” katanya dalam Facebook miliknya semalam. - UTUSAN ONLINE