MARZUKI YAHYA
MARZUKI

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya berkata, keputusan yang berkuat kuasa hari ini itu bertujuan bagi menyelesaikan kemelut tersebut mengikut saluran parti.

“Kita akan cari jalan penyelesaian dan buat sementara waktu Bersatu Perlis akan diambil alih oleh ibu pejabat kita berkuat kuasa hari ini.

“Maksudnya ibu pejabat ambil alih kepemimpinan negeri,” katanya seperti dilaporkan portal Malaysiakini, hari ini.

Marzuki yang juga Timbalan Menteri Luar dalam pada itu turut menggesa semua pihak agar berhenti mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu. - UTUSAN ONLINE