Afnan Hamimi
Afnan Hamimi

Hari kelepasan am itu kemudian diikuti negeri-negeri lain.

Waktu itu soal Islam terjaga kewibawaannya.

Semasa itu juga mufti boleh secara terus membawa usul fatwa kepada Yang di-Pertuan Agongselaras dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Pulau Pinang 2004. Usul fatwa itu tidak perlu melalui mesyuarat Exco tetapi hanya dimaklumkan selepas fatwa itu diwartakan.

Namun di bawah kerajaan ne­geri DAP pimpinan Lim Guan Eng, surat pekeliling dikatakan dikeluarkan mengarahkan semua jabatan sebelum mewartakan sebarang fatwa mesti mendapat kelulusan mesyuarat Exco terlebih dulu.

Padahal enakmen sedia ada tidak menyebut begitu. Mengapa perlu terikat?

Semua maklum barisan Exco Pulau Pinang dianggotai lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP dan tiga PKR.

Selain Guan Eng, Exco-exconya ialah Timbalan Ketua Menteri 1, Mohd. Rashid Hasnon; Timbalan Ketua Menteri II, Prof. Dr. P. Ramasamy, Chow Kon Yeow, Chong Eng, Lim Hock Seng, Jagdeep Singh Deo, Dr. Afif Bahardin dan Abdul Malik Abul Kassim.

Persoalannya, me­ngapa terjadi keka­ngan dalam pewartaan sesuatu fatwa di Pulau Pinang?

Adalah lebih elok disiasat dakwaan Ketua Pemuda Pas negeri itu, Afnan Hamimi Taib Azamudden baru-baru ini berkaitan hal fatwa ini. Kebimbangan Afnan Hamimi itu berhubung beberapa fatwa negeri diputuskan oleh jawatankuasa fatwa dikatakan telah ’ditangguhkan’ kerana campur tangan Exco yang dipengerusikan ketua menteri.

Pas turut mendakwa kontrak mufti sebelum ini, Datuk Seri Hassan Ahmad tidak disambung pada Jun 2014 kerana beliau membantah arahan Guan Eng berhubung isu penggunaan kalimah Allah yang bertentangan dengan Seksyen 48 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang 2004.

Selepas fatwa kalimah Allah itu diwartakan, dakwa Afnan Hamimi lagi, Guan Eng mengarahkan Jawatankuasa Hal Ehwal Agama negeri memastikan semua fatwa dikemukakan dalam mesyuarat Exco sebelum dihantar ke Istana Negara untuk mendapat perkenan Agong.

Dakwaan Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang itu turut disokong oleh ahli jawatankuasa fatwa negeri itu, Datuk Md. Salleh Ahmad yang mengakui wujudnya campur tangan politik pihak kerajaan negeri terhadap proses pemfatwaan.

Umat Islam harus sama-sama bangkit mempertahankan institusi fatwa daripada sebarang campur tangan dan tekanan politik mana-mana pihak.