Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, tindakan PDRM itu profesional malah akan dilihat lebih profesional sekiranya beberapa pemimpin parti politik lain juga turut dipanggil.

“Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang akan bersara pada bulan depan sepatutnya berlaku profesional dalam melakukan siasatan seperti mana kes melibatkan pemimpin Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang pernah cakap bahawa Malaysia akan dikawal oleh orang bukan Islam.

“Kenyataan itu bukan sahaja menghasut bahkan memfitnah tanpa sebarang asas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam, PDRM tidak menolak kemungkinan akan memanggil Guan Eng yang didakwa mengeluarkan kenyataan kontroversi dan menyentuh sensitiviti kaum berhubung soal kerjasama UMNO-Pas baru-baru ini. - UTUSAN ONLINE