Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, setakat ini draf berkenaan masih berada diperingkat kementerian untuk diteliti.

“Setakat ini ia masih di peringkat pramatang, sukar untuk saya komen dengan lebih lanjut termasuk dari segi bentuk hukuman.

“Dalam masa seminggu atau dua minggu ini kita akan bawa dan bentangkan ke Kabinet bagi membuat penentuan kepada akta berkenaan,” katanya ketika ditemui di bangunan Parlimen di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE