Pengerusi Badan Perhubu­ngan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, ke arah itu, parti tersebut akan mengambil semula enam kerusi yang pada pilihan raya umum lalu ditandingi calon Gerakan.

Musa Sheikh Fadzir
MUSA SHEIKH FADZIR

Menurut beliau, keputusan itu dibuat selepas Gerakan kini bukan lagi sebahagian parti komponen Barisan Nasional (BN) selain calon parti itu juga gagal menang dalam tiga pilihan raya umum terakhir di negeri ini.

“Kita akan ambil semula sekurang-kurangnya enam kerusi DUN yang majoriti pengundi Melayunya lebih 30 peratus.

“Kita sudah bersedia untuk be­kerja keras bagi memenangi kerusi ini bermula sekarang sehinggalah menjelang PRU-15 nanti,” katanya ketika berucap dalam majlis perjumpaan ahli-ahli UMNO negeri ini bersama Presiden parti itu, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi BN memberi jaminan perkara tersebut boleh ditunaikan, namun meletakkan syarat UMNO negeri ini perlu be­kerja keras memastikan kemena­ngan di kerusi berkenaan serta 15 kerusi tradisi parti itu sebelum ini.

Tambahnya, perincian berkenaan enam kerusi itu akan dibuat UMNO negeri dan akan diumumkan apabila tiba masanya.

“Kawasan (DUN) mana akan diputuskan nanti, baki tujuh lagi kerusi kita akan runding sama ada untuk parti komponen atau parti-parti lain yang akan dijenamakan semula,” katanya.