Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, perkara itu akan membuka ruang kepada lebih banyak tohmahan membabitkan kewujudan pengundi tidak sah.

“Saranan Kit Siang itu menunjukkan bahawa pakatan pembangkang kini terdesak dalam usaha mereka untuk memenangi PRU.

“Ini kerana pemilihan Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku calon perdana menteri dijangka menyebabkan ramai penyokong pembangkang memilih untuk tidak keluar mengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas program Simulasi Hari Pengundian Parlimen Pulai di Taman Bukit Indah, di sini sebentar tadi.

Baru-baru ini, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menyarankan agar SPR membenarkan pendaftaran pengundi dibuat sehingga ke hari-hari akhir PRU-14. - UTUSAN ONLINE