Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd. Hashim Abdullah berkata, sehingga kini Barisan Nasional (BN) mendapat 22 kerusi, Pas (14), PKR (80) manakala DAP yang bertanding di Sabah dan Sarawak mendapat 9 kerusi.

"Parti Warisan Sabah mendapat dua kerusi, Parti Solidariti Tanah Airku pula satu kerusi dan bebas memperoleh tiga kerusi.

"Ia membabitkan 176 kerusi sahaja, SPR masih menunggu angka rasmi daripada baki 222 jumlah keseluruhan kerusi parlimen dipertandingkan dalam PRU-14," katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE