Muhammad Amirul Amsyar Mohd. Jeffri memberitahu, dia berpuas hati kerana akhirnya dapat memilih kerajaan yang bakal menerajui negara selepas hari ini sama seperti orang lain.

“Saya mendaftar sebagai pengundi pada tahun lepas dan rasa gembira kerana dapat melaksanakan tanggungjawab dalam menentukan hala tuju pemerintahan negara.

“Walaupun ramai orang beratur di saluran lima dan terpaksa menunggu agak lama untuk giliran mengundi, namun saya tidak kisah kerana ini adalah antara pengalaman yang amat berharga,” katanya ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Temu di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE