Menurut beliau, keputusannya untuk kembali kepada UMNO tidak langsung mempunyai agenda politik peribadi melainkan hanya untuk memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

“Orang Melayu kini berada di persimpangan yang amat genting, oleh itu atas rasa tanggungjawab terhadap orang Melayu serta agama Islam maka perlu untuk saya dan rakan-rakan yang menyepi sebelum ini untuk bangkit bersama mempertahankan Melayu di bawah bumbung UMNO.

“Sedikit pengalaman ketika saya bersama PKR dahulu di peringkat negeri Kedah mahupun di peringkat Pusat akan saya gunakan semasa berada dalam UMNO selepas ini,” katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato’ Onn di sini, hari ini.

Borang pendaftaran keahlian tersebut diserahkan kepada Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Nor Adam.

Sementara itu, menurut Lokman, hasrat Zamil untuk kembali kepada UMNO itu tentunya dialu-alukan dan borang pendaftaran keahliannya itu akan diserahkan kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk dipertimbangkan. - UTUSAN ONLINE