Asogan berkata, DAP merupakan parti yang berdaftar di negara ini dan wajar memberi peluang melalui tender terbuka kepada firma-firma audit tempatan.

Ujar beliau, ahli-ahli parti itu berasa pelik dengan pemilihan firma audit asing kerana sebelum ini pemimpin DAP telah menyenaraikan beberapa nama syarikat firma tempatan.

“Adakah dengan pelantikan firma asing ini DAP seolah-olah mahu memperbodohkan ahli-ahli parti dan kemudian menuding jari kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan ( ROS) sekiranya wujud bantahan selepas CEC diadakan kelak?” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE