Menurutnya, keputusan itu dibuat memandangkan terdapat segelintir ahli memintanya berbuat demikian dan tindakan keluar parti disokong jawatankuasanya.

Katanya, beliau juga tidak pasti mengenai kedudukannya dalam parti setelah dia secara terbuka mengkritik kepimpinan PPBM Perak.

“Saya akan menghantar surat rasmi berhubung perkara ini kepada kepimpinan tertinggi parti pada Isnin nanti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE