Langkah itu turut disertai hampir 100 bekas ahli dan penyokong DAP dari Parlimen Nibong Tebal yang hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti yang dikuasai Dinasti Lim itu.


Pada majlis itu Beng Huang menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAP Zulkifli Mohd. Noor.


Menurutnya, selepas memenangi kerusi DUN itu pada 2008 dengan majoriti hampir 4,000 undi, beliau seolah-olah dipinggirkan dan tidak dipilih semula pada PRU ke-13.


“Selepas dua penggal memerintah Pulau Pinang, DAP menjadi parti ‘Dinasti Kekeluargaan’ dan semakin ego, bongkak sehingga menggugurkan nama saya pada saat-saat akhir pada PRU ke-13.


“Saya yakin tahap sokongan orang Cina terhadap DAP kini semakin merosot apabila parti itu bukan lagi sebuah ‘bumbung yang selamat’ untuk mereka berteduh,” katanya yang turut dilantik sebagai Ketua Perhubungan PAP Pulau Pinang. - UTUSAN ONLINE