Malah, BN mempunyai banyak pilihan alternatif untuk dilaksanakan selepas ini.

Menurut Pengerusinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, BN juga mempunyai perancangan tersendiri termasuk memilih parti-parti yang akan menyertai gabungannya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Kita ada banyak alternatif. kita ada banyak parti cina di negara ini yang bersedia untuk bekerjasama dengan kita,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat bersama senator-senator BN di Menara Dato Onn di sini hari ini.

Yang turut hadir pada mesyuarat itu ialah Naib Pengerusi BN, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Setiausaha Agongnya, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. -UTUSAN ONLINE