Disebabkan itu, UMNO membuat keputusan menolak sebarang usaha penjualan aset Kha­zanah serta PNB.

Perkara itu ditegaskan sendiri oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menerusi hantaran ringkas dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Meskipun sedang memberi keterangan berkenaan dakwaan penyelewengan dana membabitkan yayasan milik keluarganya, Yayasan Akal Budi di Ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM), namun Ahmad Zahid tetap ‘mencuri masa’ menyatakan penolakan ter­hadap usaha kerajaan itu.

“PNB merupakan agensi ama­nah bumiputera di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera.

“Justeru, sebarang penjualan untuk melepaskan hak pemegangan ekuiti akan jejaskan peratusan ekuiti portfolio untuk skim-skim saham amanah di bawahnya,” kata beliau.

Perancangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu sebelum ini dimaklumkan oleh Setia­usaha Politik Menteri Kewangan, Tony Pua.

Beliau memberitahu, Kha­zanah dan PNB dijangka mengkaji semula dan mencairkan beberapa aset tidak strategik sebagai sebahagian daripada langkah penjimatan kerajaan.