Bagaimanapun, seperti dijangka nampaknya janji tersebut hanya tinggal janji memandangkan sebuah bangunan warisan di Lebuh Raya Peel telah dirobohkan baru-baru ini bagi memberi laluan kepada projek bndar perubatan milik swasta.

Malah, tiga lagi bangunan di kawasan sama didakwa bakal menerima nasib yang sama dalam masa terdekat.

Untuk rekod, bangunan warisan di Lebuh Raya Peel adalah banglo era kolonial yang dibina pada era 1920-an dan diklasifikasikan sebagai bangunan warisan kategori dua serta dimiliki oleh kerajaan negeri.

ANTARA banguna warisan berusia lebih 100 tahun di sekitar Georgetown, Pulau Pinang yang dibimbangi a
ANTARA banguna warisan berusia lebih 100 tahun di sekitar Georgetown, Pulau Pinang yang dibimbangi akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek komersial.

Kemudian tapak bangunan itu dijual kepada pihak swasta walaupun Akta Warisan Kebangsaan 2005 menyatakan bangunan warisan berusia lebih 100 tahun dilarang daripada dirobohkan dan perlu dipulihara sebagai warisan negara.

Malah, Enakmen Warisan Pulau Pinang 2011 yang belum diwartakan turut menyatakan perkara sama.

Bimbang dengan perkembangan itu, Naib Presiden, Persatuan Warisan Pulau Pinang, Khoo Salma berkata, kerajaan negeri seolah-olah tidak peduli dengan kepentingan memelihara bangunan yang boleh diwartakan sebagai bangunan warisan.

"Dulu kerajaan kata akan menjadi pelindung bangunan warisan, malah Ketua Menteri, Chow Kon Yeow pernah aktif bersama-sama dengan gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memelihara bangunan warisan.

"Jika kerajaan negeri mahu menjadi pelindung warisan, ia mesti bermula dengan bangunan dimiliki mereka contohnya di Lebuh Raya Peel ini, tetapi bangunan yang sesuai diwartakan sebagai bangunan warisan tapaknya pula dijual kepada pihak swasta," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khoo mendakwa, sehingga kini kerajaan negeri tidak mewartakan mana-mana bangunan atau tapak sebagai tapak warisan selain daripada Georgetown sebagai tapak wari­san dunia Pertubuhan Pen­didikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

"Kon Yeow telah menjadi Ketua Menteri dan kuasa berada di tangannya untuk menyelamatkan bangunan-bangunan warisan di negeri ini daripada dirobohkan.

"Jadi kami mahu menuntut janji-janji kerajaan negeri menjadi pelindung kepada bangunan-bangunan warisan di negeri ini daripada dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan moden," katanya. - UTUSAN ONLINE