Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau diberitahu bahawa ramai yang kecewa dengan tindak-tanduk PH sejak memegang tampuk pemerintahan negara.

Justeru, beliau menyeru kepada berlakunya kebangkitan rakyat dalam pilihan raya kali ini.

“Pilihan raya ini mungkin tidak ada kesan besar dalam konteks kerajaan Selangor, tapi rakyat, khusus di Seri Setia perlu hantar isyarakat kepada PH dengan apa yang berlaku ketika ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis pengumuman calon PRK DUN Seri Setia di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE