Pelantikan beliau yang menggantikan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang meletakkan jawatan kira-kira sebulan lalu dibuat selepas mesyuarat Majlis Pimpinan PKR negeri di sini petang tadi.

Mesyuarat sama turut melantik Ahli Parlimen Bayan Baru yang Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin sebagai Timbalan Pengerusi PKR negeri.

Dalam satu kenyataan selepas mesyuarat itu, majlis tersebut memaklumkan, Timbalan Ketua Menteri 1 yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Ir. Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman dilantik memegang jawatan Naib Pengerusi PKR negeri

Tambahnya, Zulkifli Saad dan Francis Jospeh pula masing-masing kekal sebagai Setiausah dan Bendahari.

“Majli MPN Pulau Pinang komited memulakan gerakan memacu pasukan MPN baharu yang stabil, dinamik dan komited kepada agenda reformasi demi menzahirkan kebajikan yang bermakna buat rakyat Pulau Pinang,” demikian kata kenyataan tersebut.

Pada 17 Disember lalu, Nurul Izzah membuat kejutan selepas mengumumkan meletakkan jawatannya sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi Pimpinan PKR negeri ini berkuat kuasa serta-merta.

Meskipun dipujuk banyak pihak supaya mempertimbangkan semula keputusan itu, namun Nurul Izzah tetap dengan pendiriannya malah menyebut keputusan berkenaan sepatutnya dibuat lebih awal meskipun mengakui ia sesuatu yang sukar buatnya.

Berikutan peletakan jawatan itu, Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh, Dr. Afif Bahardin kemudiannya mendesak supaya pengganti Nurul Izzah dilantik segera bagi membolehkan perjalanan parti itu di negeri ini berlangsung sempurna. - UTUSAN ONLINE