Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak polis menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.

Dalam masa sama, beliau juga menafikan bahawa Pas terlibat dan menyokong dengan perbuatan berkenaan.

“Biar polis jalankan siasatan dan jangan kita membuat andaian melulu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Amal negeri dan seorang lagi anggota jabatan berkenaan direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes bakar kereta Mohd. Asri.

Sebelum ini, polis menahan seorang lelaki yang disyaki bertanggungjawab membakar kereta Mohd. Asri di sebuah rumah di Kampung Jelempok, Arau dekat sini.

Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mengaku terlibat membakar kereta Mohd. Asri bersama seorang lagi lelaki setelah diupah dengan bayaran RM500.

Katanya, sehubungan itu, polis memburu suspek tersebut dikenali sebagai Mee Tomoi dan individu yang mengupah kedua-dua mereka.- UTUSAN ONLINE