Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, bajet tersebut mengambarkan pakatan tersebut sedar mereka tidak mampu menang pilihan raya umum, justeru sanggup menjanjikan apa sahaja termasuk ‘bulan dan bintang’.

“Bajet alternatif ini dibentang hatta sebelum bajet kerajaan dibentangkan... jadi, ia alternatif kepada apa?,” soalnya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Berikut kenyataan penuh Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh mengulas bajet alternatif Pakatan Harapan diketuai DAP itu. - UTUSAN ONLINE

KENYATAAN PENUH

=================

DI kulit buku 88 muka surat “BELANJAWAN ALTERNATIVE” PH, terpampang gambar pemandangan kaki langit Kuala Lumpur dengan bangunan-bangunan ikonik yg melambangkan kejayaan negara di bawah kjaan BN sejak Merdeka. Suatu pengakuan secara tidak sedar PH terpaksa memberi endorsement kepada TRACK RECORD BN.

Meneliti kandungan BAJET ALTERNATIF seluruh rakyat dapat membuat kesimpulan bahawa INI BAJET PANCING UNDI TANPA MEMIKIRKAN SEBARANG RASA TANGGUNGJAWAB. Seolah olah PH awal-awal mengetahui mereka tidak perlu risau kerana mereka MUSTAHIL untuk menang dan memerintah di mana mereka perlu menunaikan janji. Jadi pendekatannya “JANJIKAN SAJA BULAN DAN BINTANG”

Kenapa ini terjadi agaknya? Adalah kerana sejak gagal mendapat sambutan di PERHIMPUNAN KLEPTOKRASI DI KL dan KEGAGALAN KONVENSYEN PAN DI ALOR STAR baru-baru ini semestinya meletakkan PH dalam situasi DESPERADO.

Ini ditambah dengan pergolakan dan berantakan dalaman parti parti dalam PH(intra dan inter party) itu sendiri, menyebabkan rakyat, terutama para cerdik pandai dan anak muda tidak meyakini bahawa PH adalah satu alternatif yang lebih baik.

Malah ia semakin menunjukkan PH sebagai kelompok PUTUS HARAPAN yg sedang menyusuli AGENDA PERIBADI dengan percubaan menggunakan satu sama lain tetapi TERIKAT DGN TALI HAYAT EHSAN DAP DI BAWAH “DAP-LED OPPOSITION”

Apa yang “GLARING” dalam belanjawan ini ialah ia merupakan FORMULA MUSTAJAB bagaimana negara yang sedang berkembang seperti diungkapkan oleh BANK DUNIA sebagai “...the Malaysian economy is progressing from a position of STRENGTH”, kepada negara “...progressing from a position of NO HOPE (PH/PUTUS HARAPAN”.

Betapa tidak, janji FREE EDUCATION akan menyebabkan negara menanggung kos tambahan melebihi RM60 bilion setahun... MENGHAPUSKAN GST DAN KEMBALI KEPADA SST ERA MAHATHIR menyebabkan rakyat kehilangan RM25 bilion..dan menaikkan MINIMUM WAGE menambah bebanan sebanyak RM43 billion. Tiga perkara itu saja mengakibatkan rakyat menanggung kos sebanyak kira kira RM130b atau RM1.3 trillion dalam masa 10 tahun.. cukup utk membawa negara bukan saja bankrap tapi juga terhutang dan ekonomi negara hancur.

PH cuba mengabui mata rakyat kononnya ini boleh ditampung dari penghapusan rasuah yangg akan menjimatkan mereka RM20b!. Apa asasnya angka ini?...dan ia dijanjikan oleh pimpinan yang telah dan sedang bergelumang dgn masalah rasuah di mahkamah, negeri kecil yang ditadbir sedang dilanda banjir dan bukit runtuh berpunca daripada rasuah, pentadbiran yang dituduh sesama mereka sendiri yang rasuah (termasuk rasuah sex), dan mereka dipimpin yang di akui mereka sendiri sebagai penyangak, perompak kekayaan negara melalui amalan KKN (korupsi,kolusi dan nepotisme). Kleptokrat terbesar!!

Dalam kata lain dokumen mereka bukanlah bajet tapi JANJI PILIHANRAYA UNTUK MEMANCING UNDI kerana PRU sudah dekat. Mungkin itu juga sebab bajet alternatif dibentang hatta sebelum bajet kerajaan dibentangkan. Jadi, ia alternatif kepada apa?

Insya-Allah Jumaat ini rakyat akan menerima bajet sebenar. Bajet pilihan rakyat saban tahun di bawah pimpinan Datuk Seri Najib. Bukan bajet piliharaya PH.

Bajet yang berkesinambungan dan membawa transformasi ekonomi dan sosial rakyat. Bajet yang mapan dan bertanggungjawab. Bajet yang memacu pertumbuhan KDNK negara antara terbaik di dunia, bajet yang mengawal defisit belanjawan tapi rakyat segenap lapisan terus terbela dan disantuni secara berkesan.

Dalam kata lain ia belanjawan harapan rakyat dan belanjawan yang menjadikan PH satu gagasan yang PUTUS HARAPAN dan tidak lagi diharapkan


TSAM


KETUA PENERANGAN
 UMNO  DAN 
AHLI PARLIMEN KETEREH