Mohamad Azmin berkata, segala keputusan bagi meletakkan calon akan diputuskan nanti selepas perbincangan Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Apa yang pasti katanya, calon akan ditentukan bukan berdasarkan parti sebaliknya mewakili keputusan semua pihak dalam pakatan itu.

“Keputusan dibuat seperti mana ditegaskan Pengerusi Pakatan Harapan sebelum ini, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu kita bertindak sebagai satu pakatan dan dibuat secara konsensus.

“Kita harap Cameron Highlands jadi milik kita dan milik rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk C.Sivarrajh terbatal ekoran berlakunya rasuah. - UTUSAN ONLINE