Azmin berharap Menteri Besar Selangor ke-16 itu akan terus melaksanakan tugas secara adil dan meletakkan kepentingan agama, rakyat dan  negeri sebagai keutamaan.

"Saya mendoakan Negeri Selangor terus maju dan berdaya saing berpaksikan agenda Peduli Rakyat.

"InsyaAllah, Selangor akan terus dirahmati Allah SWT di bawah payung kebesaran Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor," kata Azmin dalam hantaran di Facebook beliau hari ini.

 

Amirudin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tua mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Selangor di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini.

Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Ikrar Aku Janji serta Pengurniaan Surat Cara Perlantikan Datuk Menteri Besar Selangor berlangsung di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang.-UTUSAN ONLINE