Ketika kerajaan pimpinan beliau berdepan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohamed Azmin yang juga Naib Presiden Pakatan Harapan berkata, kerajaan pimpinan beliau berpegang kepada prinsip tatakelola baik, telus, integriti dan cekal menentang rasuah.

Mohamed Azmin turut bangga mengumumkan tentang penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (SELCAT) yang didakwa oleh pelbagai pihak sebagai 'mahkamah kanggaru' kerana seolah-olah tidak berfungsi.

Beliau juga bangga mengumumkan kerajaan negeri Selangor yang mempunyai Enakmen Kebebasan Maklumat yang dipandang sepi ketika dicabar mendedahkan butiran perincian skandal penjualan tanah di mukim Ijok.

Timbalan Presiden PKR itu juga dengan lantang menyatakan rakyat Selangor hidup dalam kemakmuran ketika penduduk di negeri ini berdepan dengan masalah bekalan air.

Kenyataannya itu diucapkannya ketika majlis pelancaran manifesto Pakatan Harapan di di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini malam ini. - UTUSAN ONLINE