Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Azmin mahu lawan kumpulan kembiri politik

Azmin Ali berkata sesuatu kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin
Azmin Ali berkata sesuatu kepada Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail pada majlis Perasmian Kongres Nasional Tahunan Wanita dan Angkatan Muda Keadilan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya hari ini. - UTUSAN ONLINE/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR 19 Mei - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan mana-mana pihak yang cuba menganggu kestabilan kerajaan negeri Selangor sebagai pengkhianat kepada amanah rakyat.

Mohamed Azmin berkata, pada masa ini ramai pihak yang mencipta fitnah dan mencetuskan polemik politik yang kemudiannya dikutip oleh media untuk disensasikan.

Tanpa menamakan mana-mana parti politik, Mohamed Azmin berkata, kumpulan kembiri politik tersebut cuba memperlekeh pencapaian kerajaan negeri Selangor.

“Tetapi mereka kena ingat mereka berdepan dengan Mohamed Azmin dan PKR.

“Mana-mana pihak sama ada individu atau kumpulan yang cuba gugat kerajaan negeri Selangor mereka adalah pengkhianat amanah rakyat.

“Mereka adalah musuh kita dan kita akan lawan habis-habisan,” katanya ketika berucap pada Kongres Nasional Tahunan Wanita dan AMK di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain