Dr. Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) berkata, beliau sendiri tidak tahu sama ada beliau berkebolehan atau sebaliknya bagi menggalas jawatan pemimpin nombor satu negara itu namun telah dipilih sebagai calon oleh kepimpinan pakatan berkenaan.

"Beliau (Mohamed Azmin) sangat berkebolehan tetapi tidak terpilih (sebagai calon Perdana Menteri sementara).

"Bukan sahaja berkebolehan tetapi anda mesti terpilih. Saya tidak tahu sama ada saya berkebolehan tetapi mereka memilih saya," katanya kepada pemberita selepas Forum Bicara Wawasan 2020 di sini hari ini.

Pengerusi Pakatan Harapan itu berkata demikian ketika ditanya mengapa beliau tidak mencalonkan pemimpin seperti Mohamed Azmin untuk menjadi Perdana Menteri jika benar beliau enggan memegang kembali jawatan itu.

Semalam, Dr. Mahathir mendakwa beliau tidak mahu menjadi Perdana Menteri jika pakatan pembangkang menang PRU-14, sebaliknya diminta untuk menjawat jawatan itu. - UTUSAN ONLINE