Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB) Datuk Sheikh Ahmad Dasuki Sheikh Mohamed berkata, hal ini kerana kenyataan itu dilontarkan dalam nada agak keras sekaligus memberikan gambaran pemimpin itu tidak menghargai sumbangan yang telah diberikan oleh anggota polis.

“Saya lihat kebanyakkan pimpinan pembangkang suka menjadikan pasukan polis sebagai ‘punch bag’ untuk melepaskan kemarahan.

“Pembangkang sanggup berbuat demikian selepas polis mengambil tindakan tegas kepada mereka diatas pelanggaran undang-undang. Bagi saya apa yang dilakukan oleh polis itu betul kerana mereka mengikut peruntukkan undang-undang,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah di Alor Setar yang berangan-angan akan menjadi Menteri Dalam Negeri sekiranya gabungan pembangkang yang diketuai PKR itu menang pada 10 Mei ini.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, Mohamed Azmin dalam nada tegas berkata;

“Polis di belakang ingat, aku bos kamu 10 Mei ini.” - UTUSAN ONLINE