Azlan berkata, setelah berbincang dan mendapat pandangan rakan-rakan khususnya di Bahagian Kangar, sememangnya terdapat keperluan untuk beliau mempertahankan jawatan itu.

Dalam pada itu, beliau turut mempertimbangkan keputusan sama ada bertanding atau sebaliknya jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam pemilihan parti itu kali ini.

“Di peringkat Pusat, kita masih ada tiga hari lagi sebelum 17 Jun (tarikh tutup pencalonan). Saya ada mendapat cadangan meminta saya bertanding Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

“Bagaimanapun saya masih mempertimbangkannya dan belum membuat keputusan muktamad mengenainya. Saya perlu ambil masa sebelum membuat keputusan dalam tempoh sehari dua lagi,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE