Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu akan bertanding di DUN Tebing Tinggi, kerusi yang dimenangi calon DAP, Ong Boon Piow pada PRU-13.

Dalam majlis pengumuman calon oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di sini hari ini, DAP bertanding di tujuh kerusi Parlimen dan 14 kerusi DUN.

Pengumuman tersebut menyaksikan Penasihat DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham melepaskan kerusi DUN dan hanya bertanding kerusi Parlimen Beruas yang dimenanginya pada PRU-13.

Beliau merupakan penyandang kerusi DUN Sitiawan di bawah Parlimen Lumut pada PRU-13 namun ditukar nama kepada DUN Astaka selepas persempadanan semula.

Koo Ham memberi laluan kepada muka baharu, Teoh Yee Chow berusia 28 tahun bertanding di DUN Astaka yang kini di bawah Parlimen Beruas.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming pula bertukar kawasan di kedua-dua kerusi yang dimenanginya dalam PRU-13 iaitu dari Parlimen Taiping ke Teluk Intan dan dari DUN Kepayang ke DUN Aulong

Lain-lain kerusi Parlimen yang ditanding oleh DAP ialah Taiping (Teh Kok Lim), Ipoh Timur ( (Wong Kah Woh), Ipoh Barat (M. Kulasegaran, Batu Gajah (V. Sivakumar) dan Kampar (Thomas Su).

Lain-lain kerusi DUN yang ditandingi ialah Pokok Assam (Leow Thai Yih), Jalong (Loh Sze Yee), Canning (Jenny Choy), Pasir Pinji (Howard Lee), Bercham (Ong Boon Piow), Kepayang (Dr. Ko Chung Sen), Buntong ( A. Sivasubramaniam), Jelapang (Cheah Poh Hian), Menglembu (Steven Chaw), Tronoh (Paul Yong), Pantai Remis (Wong May Ing), Malim Nawar (Leong Cheok Keng), Keranji (Chang Zhemin), Pasir Berdamar (Terence Naidu) dan Sungkai (A. Sivanesan). - UTUSAN ONLINE