Menurutnya, ini berdasarkan rekod syarikat dan penyiasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Saya mengesahkan syarikat 1MDB, menurut rekod-rekod syarikat dan menurut penyiasat PAC, syarikat 1MDB tidak pernah sekalipun membayar walaupun satu sen ke dalam akuan peribadi Perana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta dalam program Bicara Negara di sini hari ini mengenai tuduhan wang RM2.6 bilion yang dikatakan mempunyai kaitan dengan 1MDB dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib.

Turut serta dalam program itu ialah Pengarah Komunikasi Stretegik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam. - UTUSAN ONLINE