MUHD. SYAZWAN
MUHD. SYAZWAN

Bekas Ahli Jawatan­kuasa PPBM, Muhd.­ Syazwan Ah­mad­ Zainal berkata, tindakan pemimpin tertinggi par­­ti itu yang membi­arkan penggu­naan Ar­­mada bukan sahaja melanggar Akta Pertubuhan 1966, ma­lah boleh mengakibatkan sesuatu pertubuhan itu dibatalkan.

Justeru ujarnya, Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad didesak untuk bertanggungjawab berhubung pelanggaran akta dan bukan terus memperdaya ahli PPBM demi memenuhi kelangsungan hayat politik sehingga menyebabkan perpecahan dalaman parti.

“Bagaimana kesalahan ini tidak pernah ditegur oleh mana-mana pemimpin parti sedangkan mereka mempunyai pengalaman politik yang matang?

“Jika kesalahan ini suatu yang berat sehingga membolehkan sesuatu pertubuhan itu dibatalkan, saya mendesak Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mengambil tindakan terhadap mereka terlibat dalam penipuan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Muhd. Syazwan berkata, sehingga hari ini, pihak ROS belum meluluskan sebarang pindaan perlembagaan dengan menggunakan istilah Armada yang merujuk kepada sayap Pemuda parti.

Ketika ditanya tentang pendirian Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, katanya, pihaknya me­ngikuti semua pro­sedur dan terus ber­hubungan dengan ROS mengenai pinda­an perlembagaan parti itu.

Katanya, PPBM ju­ga ti­dak pernah mengadakan sebarang Persidangan Perhimpunan Agung Tahunan.

“Ahli bukan sahaja tidak pernah menerima sebarang panggilan berhubung persidangan tahunan, malah usul berkaitan pindaan perlembagaan bagi me­nggunakan istilah Armada juga belum dilakukan.

“Meminda perlembagaan parti haruslah mengikut Fasal 28, Pindaan Perlembagaan yang mana perkara 28.1 bermaksud perlembagaan ini boleh dipinda melalui ketetapan yang dipersetujui tidak kurang dua per tiga perwakilan yang hadir dalam Persidangan Perhimpunan Agung Tahunan atau Persidangan Perhimpunan Agung Khas dan hendaklah dikemukakan kepada ROS menurut Akta Pertubuhan 1966,” katanya.